Mencari Harta Lelong? Taip Harta Anda Di Sini.

Custom Search

Friday 6 September 2013

Panduan Membeli Rumah Lelong Siri 1


Kebanyakan orang berminat untuk membeli rumah lelong kerana harganya lebih murah daripada harga pasaran. Namun ada yang merasa ragu-ragu kerana kurang arif tentang kaedah membeli hartanah secara lelong. Berikut adalah tips membeli hartanah lelong yang boleh membantu anda dalam membuat keputusan.
  1. Ketahui selok belok hartanah berkenaan
    • Kenal pasti hartanah yang bersesuaian dengan keperluan serta  memenuhi kehendak anda terlebih dahulu serta lakukan tinjauan terhadap hartanah berkenaan.
  2. Buat tinjauan ke atas hartanah berkenaan
    • Anda perlu mengambil kira kemampuan kewangan iaitu jumlah maksimum yang anda boleh bayar ketika membuat bidaan. Jika berjaya membida, anda diwajibkan meletakkan deposit antara lima hingga sepuluh peratus harga rizab harta berkenaan (bergantung kepada pelelong), sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai dan biasanya cek tidak diterima dan perlu bersedia dengan wang tambahan sekiranya harga pada lelongan akhir adalah lebih tinggi daripada harga rizab.
  3. Siasat hartanah berkenaan
    • Dapatkan maklumat terperinci mengenai hartanah itu termasuk tunggakan bayaran untuk elektrik, air, sewa dan caj penyelenggaraan oleh pemilik asal. Dapatkan nasihat undang-undang sama ada menerusi Peguamcara, Majlis Perbandaran atau menghubungi terus syarikat lelongan bagi mendapatkan maklumat dan memahami syarat pembelian hartanah sebagai persediaan awal sebelum hari lelongan.
  4. Sediakan bank draf
    • Pada hari lelongan, pembida diwajibkan membawa bersama antara lima sehingga sepuluh peratus harga rizab harta berkenaan (bergantung kepada pelelong), sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai kerana kebiasaannya cek tidak diterima. Pembida juga perlu membawa kad pengenalan asal dan dua salinan. Pembida akan diberi kad bidaan bagi mengenalpasti anda sebagai pembida ke atas hartanah yang dilelong. Dapatkan salinan syarat pembelian bagi memudahkan anda membuat rujukan.
    • Ehsan: http://www.fomca.org.my/

No comments:

Post a Comment